Pengertian Internet
Apakah Pengertian Internet itu? Internet sendiri berasal dari kata International Networking, yang maksudnya adalah dua komputer atau lebih yang saling berhubungan kemudian membentuk jaringan komputer hingga meliputi jutaan komputer di dunia (internasional), yang saling berinteraksi dan juga saling bertukar informasi, sedangkan pengertian menurut segi ilmu pengetahuan, internet adalah sebuah perpustakaan besar yang didalamnya terdapat jutaan (bahkan milyaran) informasi atau data yang dapat berupa teks, grafik, audio maupun animasi dan lain lain dalam bentuk media elektronik.
Pengenalan
Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi.
Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.
Peranan komputer dan internet dalam pendidikan
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih sedekad yang
lalu, NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan
supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh
komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti
pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan
sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud
dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti
penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik.
Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar
tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockcroft (1982)
menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebut an dan
bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini
memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam
masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di
kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi
melalui penggunaan komputer ( Lim, 1989 ).
Dalam
beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and
Landersman, 1992; Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati
bahawa:
- Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
- Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan.
- Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara.
- Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.
Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran
melibatkan beberapa aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia dan internet.
Peranan dan penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat membantu
pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses
pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung
melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang
prihatin.
Kajian oleh
Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik (e-mail) dan penerokaan
maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa, selain
daripada semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning), para pelajar
juga semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk
meneroka 'alam yang baru ditemui' (virtual reality). Mereka sentiasa menemui
maklumat baru dan bahan-bahan yang amat menarik perhatian. Nolan dan Martin
(1994) menyatakan bahawa pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan
internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar
didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Walau
bagaimanapun jurang perbezaan sosial ekonomi di kalangan pelajar harus diambil
kira semasa pendedahan teknologi komputer dan internet diberikan (Bier et. al,
1996).
Kang (1995) dalam kajiannya untuk
menilai kesan aktiviti mel eletronik ke atas sikap pelajar terhadap internet
telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik kepada internet.
Mesej yang dihantar sejauh 25,000 batu jauhnya boleh sampai dalam masa beberapa
minit sahaja. Para pelajar juga amat berhati-hati
semasa menulis mesej supaya tidak terdapat kesalahan ejaan dan maksudnya boleh
difahami oleh sipenerima dengan mudah. Amalan ini akan dapat meningkatkan
penguasaan bahasa, khususnya bahasa Inggeris. Aktiviti komunikasi dalam internet
seperti mel eletronik akan dapat menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang
akhir-akhir ini banyak menggunakan proses perhubungan telekomunikasi yang
canggih ( Everett and Ahern, 1994 ).
Internet akan menjadi sebahagian
dari sekolah bestari menjelang Januari 1999 kelak. Telah pun diumumkan bahawa,
semua sekolah menengah akan mendapat akses ke internet menjelang tahun 2000.
Kementerian Pendidikan Malaysia
dengan
kerjasama serta bantuan kepakaran MIMOS, telah melancarkan Projek Jaringan
Pendidikan (Sulaiman, 1996). Melalui projek ini, Kementerian Pendidikan telah
menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan
pendidik di samping menyediakan program latihan yang berterusan kepada
guru-guru. Program ini, walaupun kurang berjaya, tapi sekurang-kurangnya telah
dapat memberi pendedahan awal kepada guru-guru dan pelajar tentang penggunaan
dan peranan internet kepada dunia pendidikan. Dalam perkembangan terbaru,
Kementerian Pendidikan Malaysia
, melalui
Bahagian Pendidikan Guru, sedang menjalankan Kursus Dalam Perkhidmatan (14
Minggu ) Bestari kepada guru-guru di seluruh negara bertempat di beberapa buah
maktab perguruan. Guru-guru ini dipilih daripada 90 buah sekolah yang dijangka
akan melaksanakan kurikulum baru bestari mulai tahun 1999. Dalam kursus ini,
guru-guru akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran generik termasuklah
kemahiran teknologi maklumat yang seterusnya akan menjadi asas dan keperluan
utama dalam pembinaan pakej pembelajaran bestari. Para peserta akan berpeluang menjadikan
internet sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yang cepat dan
berkesan.
Integrasi internet dalam pendidikan
Internet atau ‘Internasional Network
of Networks’ ialah sebuah rangkaian gergasi komputer di peringkat antarabangsa
(TMB, 1998) dan merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu sama lain (
Crumlish, 1996 ). Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di
seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta
pengguna dari lebih daripada 160 buah negara (Zoraini, 1995). Dalam rangkaian
Internet, terdapat berbagai jenis bahan yang berjuta-juta bilangan dan sentiasa
bertambah dari sehari ke sehari. Bahan-bahan ini termasuklah artikel, imej
grafik, perisian komputer, video, audio, majalah, kertas persidangan, permainan,
projek dan sebagainya. Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan
diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin terdiri daripada beberapa orang
sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama,
termasuklah matematik. Terdapat beberapa perkara penting
yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan internet
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pertama
Internet hanya
akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . Aktiviti
pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat
digunakan dengan berkesan.
Kedua
Komputer dan
internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru akan sentiasa
berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam
bidang IT. Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang
dan ikutan utama.
Ketiga
Penggunaan
komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping
setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan
sistematik.
Keempat
Internet amat
bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam menghadapi
cabaran IT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang akan
mencorakkan kehidupan pada masa hadapan , perlu diberi perhatian sewajarnya oleh
setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para
ibubapa.
Internet telah menyediakan beberapa kemudahan,
antaranya:
· Laman Web (WWW)
· Internet Relay Chat
(IRC)
· Telnet
· Kumpulan Diskusi dan
Berita
· File Transfer Protocal
(FTP)
.
Semua kemudahan di atas boleh
dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Para guru harus bijak memilih aplikasi
yang sesuai digunakan. Oleh itu, perancangan aktiviti yang kemas dan teratur
amatlah penting, supaya murid-murid dapat menggunakan internet secara maksimum
dan optimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan sama ada sebagai sumber
maklumat atau pun sebagai bahan bantu yang diintegrasikan terus dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah
- Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak jabatan serta kementerian.
- Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal.
- Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran ; teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya.
- Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai sesuatu program dan polisi yang di gunakan khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail
ialah:
- Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain.
- Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa.
- Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar negara.
- Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara "on-line".
Aktiviti-aktiviti seperti di atas akan memberi banyak faedah
kepada para pelajar antaranya
- Pelajar lebih peka terhadap isu semasa dunia
- Pelajar dapat membiasakan diri dengan aplikasi komputer
- Pelajar berpeluang menjalankan aktiviti kumpulan
- Pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir,kemahiran bahasa dan kemahiran komunikasi


